Sepuluh peringkat genosid
Sepuluh peringkat genosid

Sepuluh peringkat genosid

Sepuluh peringkat genosid, pembasmian kaum atau penghapusan bangsa ialah satu alat ilmiah dan model polisi yang dicipta oleh Gregory Stanton, mantan presiden dan pengasas Genocide Watch. Dikenali dahulu sebagai lapan peringkat genosid, ia digunakan untuk menjelaskan bagaimana genosid berlaku. Peringkat genosid ini tidak selalu mengikut urutan tertentu, malah beberapa peringkat mungkin berlaku serentak. Model yang dicadangkan oleh Stanton ini bertujuan untuk mengkaji peristiwa dan proses yang membawa kepada genosid. Ia juga model yang berguna untuk menentukan cara mencegahnya.Pada tahun 1996, Stanton menyampaikan taklimat "The 8 Stage of Genocide [Lapan Peringkat Genosid]" kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.[1] Dalamnya, beliau menyatakan bahawa pembasmian kaum berlaku dalam lapan peringkat yang "boleh dijangka tetapi bukan mustahil untuk dielakkan".[lower-alpha 1][1] Ia dibentang tidak lama selepas genosid Rwanda, dan melibatkan analisis kejadian Holokus, genosid Kemboja dan genosid-genosid lain. Langkah-langkah campur tangan yang dicadangkan adalah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan NATO, atau mempengaruhi negara-negara Eropah lain untuk melaksanakannya, termasuklah pencerobohan tentera.Stanton menyusun dan menerbitkan model itu buat kali pertamanya dalam Kuliah Faulds 1987 di Kolej Warren Wilson, juga dibentangkan kepada Persatuan Antropologi Amerika pada tahun 1987. Pada 2012, beliau menambah dua lagi peringkat, diskriminasi dan penganiayaan.[2]Model Stanton meluas digunakan untuk mengajar pengajian perbandingan genosid di pelbagai jenis tempat, seperti kursus universiti hingga di muzium, tempat seperti Muzium Holokus dan Hak Asasi Manusia Dallas, AS.